Tuesday, May 20, 2008

Bersiap sedia untuk praktikum

Sesi pratikum akan mula dijalankan pada awal semester kedua. Semua pelajar KPLI dan KSPK akan ditempatkan di sekolah-sekolah sekitar negeri Terengganu. Sebagai pelajar yang telah lama berada di sekolah, pelajar-pelajar KSPK PJ nampaknya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar KPLI yang bertanya.

Bagi pelajar-pelajar KSPK PJ pula terdapat beberapa orang pelajar yang masih baru dalam bidang pendidikan jasmani dan berhadapan dengan pelajar sekolah rendah meresakan sedikit teruja untuk menempuh sesi praktikum. Selamat praktikum buat kawan-kawan.

Cuti oh cuti...

Seluruh warga guru dan pelajar-pelajar akan bercuti selama 2 minggu bermula 23 Mei 2008 hingga 09 Jun 2008. Bagaimanpun Institut Perguruan akan memberikan cuti tambahan kepada pelajar-pelajarnya bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar J-Qaf menjalani sesi pembelajaran di dalam Institut.

Walaupun cuti yang agak lama dirasakan satu kerugian kepada pelajar-pelajar KSPK PJ namun mereka telah merancang beberapa aktiviti berfaedah seperti latihan sukan secara bersama, rehlah dan trip memancing bersama keluarga.

Semester kedua dijangka akan memberikan semangat baru kepada pelajar-pelajar bagi menambah lagi ilmu di dada. Pelbagai subjek baru akan ditempuh dalam semester kedua yang pastinya lebih menceriakan pelajar-pelajar.

Monday, May 19, 2008

Kerana tugas ...

Selasa 20 Mei 2008, keadaan cuaca yang tidak menentu tidak mematahkan semangat pelajar-pelajar KSPK PJ menghadiri kelas walaupun hujan lebat turun pada awal pagi. Semangat membara dapat dilihat dengan jelas apabila pelajar-pelajar yang menaiki motosikal ke Institut juga menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan.

Semoga usaha dan keikhlasan yang ditunjukkan mendapat pembalasan yang baik di sisi Allah. Keberkatan akan lahir dari usaha yang jujur dan ikhlas.

Saturday, May 17, 2008

Perenang-perenang KSPK PJ tunjuk belang


Khamis, 15 Mei 2008. Pelajar-pelajar KSPK PJ telah menunjukkan kemampuan masing-masing apabila menghabiskan semua ujian renang yang mesti dilalui dalam masa 3 jam sahaja. Bermula dengan lungsuran, apungan dan treading water. Kemudian kemahiran pelajar-pelajar ini teruji lagi apabila tumpuan diberikan kepada aspek kemahiran renang iaitu renang gaya rangkak, renang kuak dada dan renang kuak lentang.

Secara keseluruhannya, semua pelajar telah memberikan tumpuan dan komitmen yang terbaik dalam menjalani ujian tersebut. Menurut En. Yunus, markah yang diperoleh oleh pelajar-pelajar adalah dalam kategori baik dan cemerlang. Bagaimanapun markah keseluruhan akan diperoleh apabila pelajar menyiapkan tugasan menulis yang telah diberikan.

Ke arah melahirkan pemain terbaik



Minat terbaru pelajar-pelajar KSPK PJ nampaknya lebih tertumpu kepada bidang tenis. Ini dapat dilihat dengan kesungguhan pelajar-pelajar bermain tenis apabila ada kekosongan masa. Peningkatan kemahiran di kalangan pemain nampak begitu memberangsangkan.



Bagi menghangatkan lagi persaingan di kalangan pemain satu sistem rangking telah diwujudkan. Bagaimanapun sistem ini masih di peringkat tidak formal. Rangking pertama didahului oleh saudara Wan Faizu dengan diikuti rapat oleh saudara Mizul, Khairy dan Wan Zool. Manakala pemain lain masih berusaha keras meningkatkan prestasi permainan.

Cabaran terbaru dijangka datang daripada pemain yang paling meningkat naik iaitu saudara Amirul dan Nazri.


Saturday, May 10, 2008

Pembelajaran tenis percuma

Khas buat semua pelajar-pelajar KSPK PJ 2008, sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik bermain tenis secara percuma bolehlah turut sama dalam latihan yang diadakan pada setiap petang Isnin hingga Khamis di gelanggang tenis Institut Perguruan Kuala Terengganu.

Latihan akan diberikan secara percuma oleh salah seorang pelajar KSPK PJ yang berpengalaman di dalam bidang tenis. Penyertaan anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Selamat bermain tenis buat semua.

Saturday, May 3, 2008

Bukan tugas mudah...

Pelajar-pelajar KSPK PJ akan menjalani ujian renang yang akan menguji sejauhmana tahap kemahiran yang diperoleh setelah melalui pengajian selama satu semester. Ujian akan dijalankan selama 2 minggu berturut-turut dan para pelajar diminta bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi ujian tersebut.

Kriteria ujian yang akan dijalankan ialah lungsuran 5m, menyelam, apungan 1 minit, menjejak air 3 minit, renang gaya bebas, renang kuak dada dan renang kuak belakang. Ujian akan dijalankan oleh En. Mohammad Yunus bin Ibrahim di kolam renang MRSM pada 15 dan 22 Mei 2008. Selamat berjaya buat semua.