Saturday, May 3, 2008

KSPK PJ sajikan kursus bermutu



Kursus Sijil Perguruan Khas Pendidikan Jasmani, Institut Perguruan Kuala Terengganu menjanjikan kursus yang bermutu untuk mereka yang berminat mengikutinya. Ianya terbuka kepada semua guru-guru yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat melebihi 4 tahun.

Bagi mereka yang meminati pembelajaran fizikal, kursus ini amat tepat dan bersesuaian. Selain membekalkan pengetahuan dan pengalaman berharga, peserta juga boleh menonjolkan bakat dan kemahiran menerusi pertandingan-pertandingan sukan yang sering diadakan sepanjang tahun.




Selain pengisian kursus yang sangat relevan seperti Latihan Fizikal Suaian, Anatomi dan Fisiologi, Kurikulum PJ, Renang dan Pendidikan Luar, peserta juga dibekalkan dengan kemahiran komputer dari pensyarah yang berkaliber. Unsur seni juga diterapkan bagi memberikan adunan terbaik bagi peserta. Kemahiran dalam P & P juga dititikberatkan dengan pembelajaran ilmu pendidikan dan bagi membangunkan motivasi diri subjek pengurusan perubahan juga digabungkan bersama.

No comments: